Hadis 40 imam Nawawi

Hari lahir yang lepas, suami leeya hadiahkan buku hadia imam 40 imam nawawi.

Isi ringkas dan padat. Senang nak baca n nak habiskan.
Tambah2 masa dalam pantang ni banyak la masa nak baca.

Anak bujang leeya ni pulak kuat tidur siang. Tapi bila malam susah nak tidur. Semalam Saifullah tidur pukul 4am..

Tapi biasa la, bayi memang mcm tu.
Berkorban sikit. Semoga Allah jadikan anak2 kita soleh dan solehah dengan berkat kasih sayang kita. Amiinn..

Antara tajuk-tajuk hadis dlm buku hadis 40 ini:
Hadis 1 Pahala Amal Bergantung Pada niat
Hadis 2 Islam, IMan dan Ihsan
Hadis 3 Rukun Islam yang Lima
Hadis 4 Setiap Manusia Sudah Ditentukan Takdirnya
Hadis 5 Amalan yang Tertolak

Berhenti sekejap. Leeya nak kongsi hadis AMALAN YANG TERTOLAK

Maksud hadis:
"Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru dalam urusan (agama) kami ini, iaitu amalan yang bukan daripadanya maka ia tertolak"

Pengajaran daropada hadis:

Islam adalah agama yang syumul. Sebarang perkara yang baru iaitu bidaah yang bertentangan dengan ajaran islam adalah sesat lagi menyesatkan.

Ada 2 jenis bidaah:
1)bidaah hasanah - bidaah terpuji (seperti melakukan amalan mulia memperingati hati lahir Rasullullah SAW)
2)bidaah dhalalah - bidaah sesat (keji)

Bidaah dhalalah ini akan mendapat seksaan dan azab dari Allah SWT.

Comments

Popular Posts