Bayi Demam Kuning
Assalamualaikum..
Anak dah masuk hari yang ke 20. Tetapi kuning nya belum lagi turun. Hari ini akan ke KK Masai sekali lagi utk cek level kuningnya.
Kalau turun, alhamdulillah...
Sebab saya dah cuba pelbagai petua-petua antarana:
1)mandi herba cina (boleh dapat di kedai jual ubat cina) - keberkesanannya masih di tahap rendah pada anak leeya, mungkin kena guna secara kerap.
2)bagi bayi jus anggur hijau - lenyek dan air di ambil. Suapkan guna sudu. Tapi anak leeya x berkesan guna cara ni. Mungkin leeya x bagi banyak sbb takut bayi sakit perut pula.
3)bagi bayi jus sengkuang cina - sengkuang cina ini berkesan pada anak leeya yg PERTAMA, yg ke2 ini leeya tgk mcm turun juga kuningnya sebab matanya bayi leeya dah kurang warna kuningnya. Leeya harap sangat petang ini result kuningnya turun. InsyaAllah...
Petua yg belum cuba:
1)mandi air daun belimbing.
2)ibu n bayi minum air susu kambing (susu kambing ini panas utk bayi), mungkin ibu kena minum banyak n bagi susu ibu pada bayi.
3)jemur bayi antara pukul 7am-8am. Jgn direct kena mathari.
4)sebelum bersalin, ibu digalakkan minum susu kambing, insyaAllah bila bayi lahir x akan kena kuning.
Semua ini adalah usaha. Yang mengizikan anak kita semhuh adalah Allah SWT juga.
Banyak zikir dan doa:
Leeya amalkan "laillah haillahantasubhanakainniminaz zolimin"
Setiap kali menyusukan bayi, bagi air sengkuang, mandi n setiap masa x lekang zikir ini.
Mudah mudahan Allah memberi kesembuhan...
Ya Allah, kau ampun kan lah dosa hambaMu yang zalim ini. Kau berilah kesembuhan kepada anak ku. Jadikan la dia anak yg soleh dan solehah serta berilah kefahaman agama kepada mereka..aminn ya rabbal alamin..
Comments
Post a Comment