KWSP Online

Cara Semak Penyata KWSP Secara Online

  1. Untuk membuat semakan KWSP perlu terlebih dahulu mendaftar di Portal rasmi i-Akaun KWSP .

  2. Untuk mendaftar terlebih dahulu perlu ke kaunter KWSP terdekat untuk mengambil nombor PIN ( tempoh sah 90 hari ), semasa di kaunter KWSP kad pengenalan diperlukan untuk mengambil no pin KWSP tadi. ( sekali sahaja untuk pendaftaran online )

  3. Seterusnya perlu ke portal rasmi KWSP i-Akaun iaitu http://www.kwsp.gov.my/ . Sila klik pada “ login kali pertama “ ataupun boleh KLIK SINI 

  4. Untuk pertanyaan bersetuju atau tidak mengaktifkan i-Akaun pilihlah ( saya bersetuju untuk mengaktifkan i-Akaun ) tanda di kotak disediakan.
  5. Seterusnya masukkan no kad pengenalan masing-masing.

  6. Masukkan no pin yang diambil tadi di kaunter dan tekan ( aktifkan )
  7. Langkah terakhir masukkanlah nama pengguna dan kata laluan pilihan sendiri dan klik pada butang hantar.

Setelah didaftarkan, anda boleh menyemak simpann terkini dan penyata KWSP masing-masing terus dari rumah. Semoga membantu.


Sumber : Cara Semak Online Penyata Caruman KWSP 

Comments

Popular Posts