Penyusuan Bayi-Titisan Mutiara Bonda

Assalamualaikum w.b.t

Malam ini saya mahu berkongsi serba sedikit INFO mengenai MITOS-MITOS Penyusuan Susu Ibu.

Zaman moden ini kebanyakan wanita atau ibu kurang berminat untuk menyusukan bayi mereka walaupun mereka tahu kebaikan-kabaikan susu ibu itu.

Mengapa ya????

Mungkin :

Mitos 1:
Menyusukan bayi akan menyakitkan ibu itu sendiri

-what?? dimana sakit nya? tahukah anda jika kita menyusukan bayi kita dalam masa yang sama kita boleh menjarakkan atau mengelakkan kita mengandung dengan jarak yang dekat.

Mengapa sakit? mungkin kerana pengecutan rahim akibat daripada tindakan hormon oksitosin. dan pengecutan rahim ini juga lah yang menjarakkan kelahiran berikut nya.

sakit pada puting? ini disebabkan kedudukan ibu dan bayi yang kurang sesuai semasa menyusu. Percayalah, jika anda di posisi yang betul, sakit ini boleh dielakkan.

                                             CONTOH POSISI MENYUSUKAN BAYI

Mitos 2:
Penyusuan susu ibu menyusahkan

-ini tidak benar, sebenarnya, penyusuan susu ibu adalah paling mudahkerana anda boleh terus menyusukan bayi anda tanpa perlu menyediakan susu formula atau bimbang tentang khasiat dan bekalan nya. Sesetengah wanita mungkin memerlukan masa dan latihan sebelum mereka boleh menyusukan bayi dengan betul, tidak mengapa kerana ia nya berbaloi dan selepas itu mereka akan mendapati penyusuan susu ibu amat mudah.

Mitos 3:
Ibu yang melahirkan bayi secara Caesarian tidak boleh menyusukan bayi.

-Ini memang sangat tidak benar. Ibu yang melahirkan bayi secara caesarian juga masih boleh menyusukan bayi jika tiada komplikasi perubatan.
Walau bagaimanapun, ibu tersebut memerlukan sedikit bantuan utk memposisikan bayi nya kerana dia akan menyusukan bayi secara terlentang dan sebelah atau kedua dua belah lengannya mungkin sedikit terbatas kerana diletakkan titisan intravena.

Mitos 4:
Tidak semua ibu boleh menghasilkan susu yang cukup untuk bayi.

-Sebenarnya, semua wanita mempunyai susu yang cukup untuk setiap bayi. Hanya segelintir wanita yang benar-benar tidak mempunyai atau sedikit sahaja susunya. Tanggapan yang amat salah adalah ada wanita yang berfikir payudara yang kecil tidak mempunyai susu yang cukup untuk bayi mereka.
Susu ibu akan berterusan selagi ada DEMAND & SUPLLY. Semakin kerap bayi minum susu, semakin banyak susu ibu akan dihasilkan.

Mitos 5:
Penyusuan menyebabkan payudara kendur

-Bentuk payudara wanita boleh dikekalkan jika memakai baju dalam yang betul dan sesuai dengan payudara kita semasa kita menyusukan bayi iaitu boleh menampung ketika payudara penuh susu.

5 Mitos ini sering menghantui wanita zaman ini.

Janganlah begitu, ringan tangan dan minda untuk membuat sedikit kajian.

sedangkan Agama Islam juga menyuruh kita menyusukan anak kita sehingga berusia 2 tahun.
Apa lagi alasan yang kita ada?

KEBAIKAN SUSU IBU:

1) susu ibu melindungi bayi anda daripada penyakit
-semasa lahir, bayi kekurangan sistem imun badan dan tidak cukup matang, dalam tempoh ini susu ibu sangat penting utk membantu sistem imun badan bayi.

-beberpa contoh bahan-bahan pelindung di dalam susu ibu
1)Antibodi-untuk melawan penyakit
2)sel darah putih-membunuh kuman
3)Bifidus-Mengelakkan pembiakan kuman baik di dalam usus bayi.
4)Protein-Mengikat nutrien2 penting.

2)Makanan yang lengkap untuk bayi
-susu ibu mempunyai kesemua nutrien lengkap untuk bayi membesar dengan bayi sekali gus mambantu perkenbangan yang positif.
Tambahan pula, ia mengandungi bahan-bahan yang tidak terdapat dalam susu formula bayi yang membantu bayi menghadam nutrien2 dengan lebih baik.

3)Anak cerdik
-Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kanak-kanak yang tidak diberi susu ibu berkemungkinan lebih berisiko mengalami prestasi perkembangan dan pencapaian pendidikan yang lebih rendah.


SETIAP TITISAN SUSU IBU UMPAMA MUTIARA KEPADA BAYI.

MARI MEMBINA GENERASI GEMILANG

INSYAALLAH :)

Comments

Popular Posts