The Decision

Assalamualaikum  W.B.T,

Alhamdulillah, tamat sudah ANNUAL DINNER 2013 utk company aku..

sebagai ahli jawatan kuasa, mestilah sangat lega event ini sudah selesai.

kebetulan pula, Aisyah Humaira' sakit mata dari hari Khamis lepas. hingga hari ini, belum sembuh,

tapi ada sedikit berkurang dari semalam lepas bawak ke klinik kesihtan kerajaan di Masai (Jalan Sekolah)

Punyalah lama tunggu giliran,  dari pukul 2.00pm hingga 6.00pm...huh..


anyway, bukan itu yang aku sedang fikirakan malam malam begini...

pagi tadi aku tidak ke pejabat sebab Aisyah masih sakit mata...setiba di Nursery, owner tu tanya aku

"tak boleh cuti ke?"

aku tersentak juga..oh aku baru faham..anak aku sakit mata,..sebak juga dalam dada ini...agak berat aku nak mengangguk...

"tengoklah nanti, tengah hari ini saya cuba balik"

tiba - tiba Asiyah terus nangis, maybe sebab aku lama sangat kat situ or mungkin dia juga faham hati aku sedih sangat nak hantar dia ke situ.

Akhirnya aku putuskan ambil cuti, lepas telefon bos, aku pun balik..

ambil Aisyah, lega hati aku...seharian aku layan dia puas - puas, walaupun aku kekadang tertidur dan terlepas pandang Aisyah tengah bermain...tapi tak mengapa...asalkan semua yang berlaku depan mata aku..

Hingga lah kemalam ini, aku masih terfikir, kan bagus kalau aku boleg\h duduk rumah jaga Aisyah..
aku dah terfikir untuk resign or cabut je or...maybe aku nak minta cuti sebulan dengan company untuk menenangkan hati aku ini.

Aisyah dapat sakit mata dari Nursery itu juga, sebelum dia sakit mata, Asiyah tak berhenti selsema & batuk..

Bila ambil Aisyah waktu petang, Aisyah mesti tak terurus, walaupun dah mandi, tapi rambut Aisyah yang terbiar, hingus yang keras dalam hidung, kuku yang panjang...

macam mana aku nak puas hati kalau orang jaga anak aku macam itu?

aku faham, itu bukan anak dia...tapi dia dibayar untuk buat itu semua...

ohhh..hati aku hari hari terluka teringatkan Aisyah di Nursery...

Malam ini..aku telah sampaikan hajat aku untuk berhenti kerja...tapi aku nak buat apa lepas tu?

Husband aku suruh cari kerja lain...sama je lah dengan keadaan sekarag...

Faktor utama aku nak berhenti kerana aku nak jaga Aisyah sepenuh masa...

dalam masa yang sama, aku dah bosan dengan kerja sekarang, tak berkembang...hari - hari buat kerja yang sama...

aku ada terfikir nak sambung belajar..

tapi nanti Aisyah kene hantar Nursery juga...


ohhh hati...


Ya Allah..bantu lah hamba Mu yang sangat lemah ini...


Comments

Popular Posts